Memori
Monday, December 23, 2013, 8:02 AM, 0 comments
Dalam kegelapan dunia
Aku sibuk duduk berteleku
bersendirian
Dengan bertemankan bunyi angin malam
cengkerik menyanyi
Serta nyamuk mengelilingi diri
Dalam sibuk aku mengelamun
Aku terfikir
terfikir sesuatu
Bahawa hati aku sekarang
Tidak lagi punya siapa-siapa
Macam waktu dulu...
Oh rindunya,
Rindunya daku pada memori dulu kala
Bak memori daun pisang
Yang dulunya
Pernah menjengah dalam diri ini
Tak ku sangka itu...
Walau dalam sedih
Ada juga ingin berterima kasih
Kerana,
Kerana dahulu ada yang pernah menyinggah
Menyinggah dalam diri ini
Walaupun ku tahu
Diri ini tidak sehebat mana
Dalam waktu bercinta...
Aku juga manusia biasa
Mungkin tk pandai bercinta
Seperti orang-orang lain
Yang mungkin
Pandai madah berhias pujangga
Ayat-ayat manis
untuk sang kekasih..
Aku juga ingin
Berterima kasih
Pada yang sanggup menyinggah dalam diri ini
Yang sanggup
Mencipta memori-memori indah
Walaupun mungkin tidak sehebat yang lain
Tapi pada aku
Tetap indah
Sampai bila-bila
Sehingga
Aku mati...
Penakut
Sunday, December 22, 2013, 4:38 AM, 0 comments
Dulu,
Masa zaman couple
Zaman sayang-sayang
Zaman cinta-cinta
Zaman panggil papa mama
Sayang baby
Dan semua lentok manja
Macam-macam
Kau bagi janji
Katanya,
Sehidup semati
Ingin impi Keluarga bersama
Ingin punya anak cucu bersama
Sampai tak ingat dunia
Berkati-kati
Berkilo-kilo
Janji dah kau bagi
Kat dia....
Last-last
Kau rasa bosan
Ego kau meninggi
Kau tinggalkan dia
Kau buang dia
Terkapai-kapai
Kau tahu?
Kau ni sebenarnya
Pemberi janji palsu tegar
Lagi-lagi kat perempuan
Sampai perempuan ada rasa takut
Nak bercinta lagi...
Semua punca dari kau lah!
Yang tak reti nak menghargai
Ikutkan perasaan
Kau kata
Kalau ada masalah
Kau harung sama-sama
Tapi...
Bila ada
Kau yang lari dulu..
Nampak sangat..
Kau memang lelaki,
PENAKUT!!!
Askara buat Abah..
Saturday, December 21, 2013, 12:32 PM, 0 comments
Tingginya semangatmu
Penat, jerih, letih
mencari rezeki untuk anak-anakmu
walau dalam keletihan
Kau teruskan jua mencari dan terus mencari
Rezeki
Dalam apa jua cara
Asalkan ianya tetap halal...
Dulu..
Aku kecil...
Aku hanya tahu meminta
Apa yang aku nak
Apa yang aku mahu
Apa yang aku rasa
Aku mintak
Aku tak tahu
Betapa payahnya
Dia mencari rezeki
Aku meminta dan terus meminta
Sehingga aku dapat
Sehingga aku dapat tahu
Abah...
Payahnya kau mencari rezeki
demi anak-anak mu
demi membesarkan anakmu
Sedihnya...
Tabah sungguh
Hatimu
Murni sungguh
dirimu..
Abah....
Kini,
Engkau pergi
Pada 6 oct 2013,
Engka pergi menghadap ilahi
Tanggungjawabmu telah engkau leraikan
serahkan kepada isterimu
Penyakitmu
Juga telah dileraikan selamanya.
Abah...
Aku rindu
Sangat rindu
Dirimu
dalam diam
aku merinduimu
Aku ingin lagi memeluk badan sasamu
Mencium tangan kasarmu
Melihat muka tua mu
Melihat redup matamu
Rindunya, Oh Tuhan.
Isterimu, ibu aku dan kami..
Kau serahkan kepada kami
untuk menjaganya
Sehingga akhir hayatnya.
Abah..
Moga kau tenang disana..
Tenanglah.
Kami hulurkan ayat al-quran
serta fatihah
untukmu..
Tenanglah, wahai Abah...
Al-Fatihah
Othaman bin Atan...
Fikiran.
11:53 AM, 0 comments
Aku hanya menaip
Aku hanya mengaksara apa yang ada
Aku hanya terfikir apa yg ada di benak fikiran
Apa yang aku tahu
Aku hanya menaip
Isinya, dalamnya
Kadang-kadang aku tak pasti
itu betul, atau salah.
Dan yang pasti,
Kau takkan dapat
tahu
Selamanya....

Bila malam menjelma, aku cuba merapati tubuh ke screen computer dan meringankan tangan untuk menaip apa yang sepatutnya pada saat dan tika itu. Bila tangan sudah mula untuk menaip, aku pula sibuk mencari2 idea yang sepatutnya untuk menerjah masuk dalam screen komputer. Kalau tak cukup sedap, aku cuba tekan button backspace sebanyak mana yang aku mampu ehinggaa ayat yang sesuai boleh aku bina.